Halaman

Pengikut

Assalamualaikum,
Apa khabar semua....Semua yang tersurat belum tentu itulah yang tersirat. Segala rasa hati belum tentu dapat di ekspresikan dengan hanya melalui penulisan, tapi sekurang-kurangnya dapatlah ianya menjadi penglipur lara dan tempat meluahkan rasa yang terpendam...


Jumaat, Januari 28, 2022

FOOLISH HEART

Every building of lies needs a stone of truth, every forest of illusions needs a seed of reality.

And every foolish heart needs a smile to hold on to.

I no longer show mine.
And you never show yours.
You just passing by with my life
You said I'm your life but you make me died..
You said you love me but I never love you...
How we can still be together like this?
Because I choose to stay even with my broken heart.
I love my children more than my self...

I no longer look back, I no longer move forward.

Nothing to look back to, my broken compass is lost  to move forward 

Even the stars and the moon disappear from my nights.

You never look at me, you just walk ahead of me. Even though I don't know where to, even though I'm clueless 

That building, I tore it down.

That forest, I burnt it whole.

And that foolish heart I let it crumble.

And I still happy with my own life...

Me 2018

Jumaat, April 15, 2016

AKU MANUSIA

By :SW MARCEL.

13 April 2016

Aku manusia...
Kadangkala kuat,
Kadangkala lemah,
Terkadang gembira,
Banyak masa pula berduka...

Aku manusia,
Letih menghadapi sengketa,
Tak boleh mengadu tentang kepayahan pada sesiapa,
Tak boleh persoalkan apapun yang dah ada,
Tak boleh merungut akan semua yang diterima,
Tak boleh minta yang sepatutnya,
Tak boleh tanya hak, hanya beri tanggung jawab jiwa raga,
Tak boleh maju kehadapan menyongsong dunia,
Cukuplah dibelakang memandang shj,
Tak boleh tinggikan suara, atau beri buah fikiran yang dijana,
Cukuplah terima apa saja dengan terpaksa...

Aku manusia....
Yang mesti cantik sentiasa,
Mesti kemas sentiasa,
Mesti bersiap sedia sepanjang masa,
Mesti beri apapun yang diminta,
Mesti menurutkan semua yang dikata...

Aku manusia....
Masih bisa menghadapi segala bahana,
Sebab Allah sentiasa bersama,
Allah tempat meluah rasa dijiwa,
Dan tempatku meminta...

Aku manusia....
Selagi KAU sayangi aku tetap begini,
Selagi KAU pinta aku tetap turuti,
Selagi KAU beri kasih aku tetap menanti
Semoga KAU tempatkan aku bersama insan terpilih....




Jumaat, Oktober 16, 2015

DEMI

Bila aku tak suka pada rasa makananku
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar

Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya

Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan ku
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya

Apabila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya

Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku

Bilaa aku kecewa pada mereka yg banyak menyakiti aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa memaafkan sesiapa shj yg berbuat jahat padanya

Bila aku berfikir tentang mereka yg membenci aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghina nya

Bila orang lain tidak berterima kasih pada tiap kebaikan yang aku lakukan pada mereka, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yg hebat hanya dari Allah SWT

Bila tiada siapa menyayangi aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang mencintaiku semenjak beribu tahun dulu

Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku..
aku teringat pada Baginda
Muhammad ﷺ
yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yg dicintai & dan itu bagai cas positif yang menguatkan aku !

Assalamualaika ya Rasulullah

Assalamualaika ya habiballah


Selawat dan salam keatas baginda junjungan besar , contoh terbaik sepanjang zaman . Sohibul Azman . Terima Kasih Ya Rasulullah untuk nikmat iman dan islam . Syafaatkan daku di akhirat nanti

Kerinduan padamu takkan pernah padam selamanya pada mu Ya Habiballah .

اللهم صل على محمد وآل محمد

Sayangi aku ya Allah ketika tiada sesiapa yang menyayangi aku...
Lindungi aku ya Allah sebab tiada sesiapa yg boleh melindugi aku...
Berilah yang terbaik untukku ya Allah sebab tiada sesiapa tempat aku meminta selain padaMu...
Ampuni dosa2 ku...
Yang selalu shj terlupa padaMu...

PESAN UNTUK DIRIKU SENDIRI, KEMATIAN AKAN DATANG

Peringatan untuk diriku sendiri:

Bila kita mati, tiada lagi org ziarahi. Saing2 pun lupa kita.
Bahkan, selepas beberapa ketika anak/suami/ isteri akan kembali ceria spt biasa.......
Inilah di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:

Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin/muslimat akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.

Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu.

Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.....
Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.

Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Ekonomi akan tetap berlangsung!

Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!

Kesedihan atasmu ada 3;

1. Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan.

2. Kawan2mu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa!

3. Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun??

Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan....

Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia". Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT!!

Telah musnah kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri/suami  tercinta.

Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.

Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu??

Hakikat ini memerlukan renungan.
Usahakan dengan sungguh2;
Menjalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.

Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini in sha Allah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. "Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"

AllahuRabbi...
Kubur itu semakin dekat untuk didiami!

Selamatkah aku ya Allah......???

Isnin, Oktober 05, 2015

JEREBU OH JEREBU

Dari nukilan seorang hamba Allah..

Jerebu....
Seharian di Shah Alam dengan asap jerebu yang menyesakkan sistem pernafasan.

Teringat pada ucapan himpunan mingguan (khutbah jumaat) oleh khatib di Masjid As-Solihin Padang Jawa pada 18 September yang lalu,

"Kita sibuk mencari siapakah yang bertanggungjawab membakar hutan di Indonesia akan tetapi kita tidak menghiraukan siapakah yang mengawal angin membawa asap hingga ke Malaysia, siapakah yang menentukan bencana, siapakah yang berkuasa ke atas setiap ketentuan; iaitu Allah swt".

Khatib yang menyampaikan khutbah tanpa teks tersebut juga mengaitkan suasana semasa dengan peristiwa yang tercatit dalam Surah Ad-Dukhan (Surah Asap). "Jerebu adalah bala daripada Allah dan bukan sekadar fenomena alam biasa", ayat-ayat tersebut masih lagi segar walaupun setelah 9 hari.

Sukar untuk diterima, namun hakikatnya manusia masa kini (khususnya umat Islam) semakin jauh dari cara hidup sebenar (Islam).

Dari sudut Sains dan ilmu pengetahuan yang berfokuskan fakta sebab dan akibat, memang tidak dinafikan asap jerebu tebal disebabkan pembakaran hutan luas dan terbuka seterusnya Malaysia turut menerima kesan jerebu diakibatkan oleh pergerakan angin.

Dari sudut pandang ilmu pengetahuan tersebut, amat mudah untuk kita terus menyalahkan mereka yang bertanggungjawab terhadap kebakaran hutan tersebut.

Namun demikian, tidaklah lengkap ilmu pengetahuan tanpa ilmu pengenalan. Bertepatan dengan pandangan Syed Naquib al-Attas terhadap ilmu yang perlu dilengkapi dengan husul (tiba makna dalam diri) dan wusul (tiba diri pada makna), umat manusia beruntung kerana dapat  al-Quran, "kitab yang tiada keraguan padanya" (2:2), sebagai sumber utama dalam menghadirkan diri pada makna.

Berbalik kepada konteks ilmu pengenalan mengenai jerebu, kejadian ini merupakan satu bala, ancaman dan peringatan dari Allah azza wa jalla.

Ucapan ceramah daripada Almarhum Ustaz Fadzil Noor pada 2 dekad lepas antara teks mengenai bala jerebu yang popular dikongsi di internet. Beliau yang dalam ucapannya telah menghuraikan kisah kaum terdahulu di dalam Surah ad-Dukhan, turut menyimpulkan kejadian jerebu berpunca daripada kemaksiatan dan kederhakaan manusia dalam menuruti perintah Allah.

Justeru, kita seharusnya saling menasihati dan mengingati untuk kembali kepada cara hidup Islam dari segala aspek termasuk kemasyarakatan, politik, perundangan dan kewangan.

Adakah kita yakin mengikuti Islam andai fitnah/syak/mengumpat menjadi buah mulut dan andai status/pangkat/bangsa menjadi penghalang silaturrahim?

Adakah politik kita menepati Islam andai khianat dan pecah amanah menjadi kebiasaan serta penipuan menjadi perkara halal?

Adakah perundangan kita mengikuti syariat Allah andai hukum Islam tidak digazetkan dan andai terdapat golongan yang kebal daripada perundangan?

Adakah kewangan kita menuruti Islam sepenuhnya jika melakukan transaksi dengan perusahaan patuh syariah tanpa menggunakan matawang dinar?

(Mereka tidak meyakini kebenaran yang dijelaskan kepada mereka), bahkan mereka masih tenggelam dalam keraguan sambil bermain-main dengan perkara agama. Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat), Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata: Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan. (Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!. [Ad-Dukhan 44:9-12]

Jerebu bukan hanya bala, ia juga sebagai peringatan. Andai kita tidak mengambil iktibar, tunggulah saat jerebu yang berlarutan sehingga 40 hari.

Salinan dr group ex diploma shariah um...satu peringatan yg baik bg diri sy dn sy rasa bagus utk dikongsi  .
wallahhuwa'lam....

Jumaat, Julai 31, 2015

AKU BOSAN....!!!

Aku bosan dengan lawakmu yang tak lawak..
Aku bosan dengan sajakmu yang tak  sajak...
Aku bosan dengan ucapmu yang tak sedap...
Aku bosan dengan ayatmu yang tak smart...

Aku cakap satu kau kata sepuluh..
Aku bilang dua kau cakap lima..
Aku kata 'stop' kau laju sambil ketawa..
Aku bilang 'jom' kau pulak malas nak mula....

Sudahlah...!!!
Mungkin memang begitu tingkahmu,
Walau kukata beribu kali
Kau memang susah nak mengerti..

Biar saja....!!!
Teruskan saja dengan ulahmu,
Selagi aku mampu ajari hatiku
Tuk bersabar denganmu...
Tapi jangan lupa..!!
Kerana pulut santan binasa,
Kerana mulut badan binasa,
Bidalan orang tua2,
Mesti diambil kira...
Jangan menyesal tak sudah, kalau dah macam tu,
Aku pun tak tahu nak kata apa dah....!!!

Rabu, Mei 06, 2015

ANAK2 ANGKAT MAMA

Walaupun sekejap kita bersama, namun dah ckp utk mengisi hati mama. Maafkan mama kalau tak cukup layanan diberikan sepanjang Ima, Iezatie, Intan N Shiffa bersama dg mama.

Maklum, ini pertama kali mama menjaga anak2 perempuan yg dah besar...Belum berpengalaman lg..hehe. Sebab mama dah biasa jaga anak bujang je..

Harap anak2 semua tak berkecil hati dg mama yer...
Lain kali kita jumpa lagi n jangan lupakan mama pulak lepas ni..


Ahad, Mei 03, 2015

RASA HATI

Apa pun yg berlaku adalah kehendakNya...Siapa aku utk mempersoalkan segalanya yg telah terjadi?

Tiada lg daya upayaku utk merubah semuanya, dan tak mungkin aku dpt utk merubahnya...segalanya telah terjadi, dan segala sesuatu yg terjadi mesti bersebab.. Mungkin sebab Allah nak menguji sebatas mana kekuatan iman dan hatiku dalam menghadapi semua ini..

Segala anugerah, kepahitan ,kebahgiaan, kepedihan, kesenangan dan kesengsaraan yang terpaksa aku lalui mungkin akan berbuah keindahan suatu hari nanti, aku tak boleh mengatakan bahawa hidupku kaku dan pedih keseluruhannya sebab memang bukan begitu keadaanya..

Aku sangat bersyukur atas segala yg Allah anugerahkan kepadaku, anak2 ku pengarang jantungku yg membuatku sanggup melupakan segala kepahitan dan ujian hidup..mereka menjadi kekuatan dan semangat utkku meneruskan kehidupan..Allah sangat menyayangiku dengan menganugerahkan mereka buatku..aku sangat menyayangi anak2 ku sehingga aku tak sanggup melihat mereka bersedih atau terluka sedikit pun jg.

Semoga pengorbananku ini akan dibalas dengan ganjaran  yang terbaik oleh Allah...aamiin...

Rabu, Oktober 10, 2012

Ya Allah...

Ya Allah....
Aku selalu meminta,
Pada setiap masa,
Tak pernah lupa,
Agar sentiasalah diriku,
Ingat padaMu...

Ya Allah...
Aku selalu mengadu,
Tentang semua duka,
Tentang semua asa,
Tentang semua resah...

Ya Allah....
Hanya Kau yang simpati,
Walau cintaku tak mencukupi,
Dan setia yang kadang seujung jari,
Tak jenuh tangan ini
Menadah ehsan untuk diri...

Ya Allah....
Engkaulah yang lebih tahu
Akan segala perilaku umatMu
Terima kasih atas segala RahmatMu
Aku selalu mengharapkan cintaMu
Yang mungkin tak layak untukku...

Jumaat, September 21, 2012

Mana Buktinya..?

Kau kata aku perusak
Tak cukupkah kebaikan
Yang aku hamparkan padamu?

Kau kata aku pembawa masalah
Tak cukupkah pertolongan
Yang aku hadiahkan padamu?

Kau kata aku jahat
Tak cukupkah segala tolak ansur
Yang aku khaskan buatmu?

Apa lagi yang kau mahu dariku?
Puas sudah kubuat ikut kehendakmu
Hingga tiada lagi yang tertinggal buatku..

Sudahlah....!
Sekarang aku bosan dan penat!..
Buatlah ikut suka hatimu!
Kau bukanlah satu-satunya kawanku..!

Khamis, September 20, 2012

Sekilas Cahaya

Dikala sang suria semakin menghilang,
Aku mula terpaku dalam keheningan,
Merenung kesunyian,
Menghapus kehampaan.

Kebekuan jiwa yang datang,
Mengusutkan sukma dalam kemesraan,
Sementara igauan,
Menjadi impian.

Hijap cinta kian terbuka,
Semua harapan menjelma,
Sekilas cahaya yang datang,
Memulihkan semua kekusutan,
Dan makna kedamaian yang hakiki,
Semakin menjengah kedalam diri....


Rabu, September 19, 2012

Erti Cinta

Bila sukma merana,
Dia datang mendekap jiwa.
Bila sunyi dihati,
Dia datang menemani.

Bila kalbu sepi,
Dia datang menghibur diri.
Bila malam sedih,
Dia datang memberikan mimpi.

Selimuti tidurmu dengan kemesraan
Mengayun langkah bersama kerinduan,
Membelai penuh rasa kecintaan,
Melayan kerenah dengan penuh kesabaran,
Mengurangkan duka tanpa baran,
Memberi jawapan setiap soalan,
Menerima segala kekurangan,
Memberi tanpa harapkan balasan,

Itukah erti cinta
Yang sebenar-benarnya...?
Aku pun tak tahu sebab aku tak pernah merasakan 
Cinta yang tanpa harapkan balasan 
Hanya lara yang berpanjangan..... 

Allahu..... 
Tolonglah hambaMU.... 

Sabtu, September 08, 2012

Aaarghh!!

Aku cakap macam ni
Kau kata macam tu.
Aku cakap satu
Kau kata sepuluh.

Dihadapanku,
Cakapmu lembut bak ratu.
Dibelakangku,
Kau tikam aku bertalu-talu.

Semua yang kucakap,
Kau jadikan peluru,
Untuk menyerang aku..
Semua kebaikanku,
Kau bilang lakonan artis kelas satu....

Kalau aku susah,
Kau bersorak semahumu...
Kalau aku sedih
Katamu:"Padan mukamu!"
Aaaarghh!!!......

Jumaat, September 07, 2012

Hoi..! Kau...!

Hoi...! Kau...!
Bodoh ke bebal?
Kalau aku kata aku tak tahu
Maknanya tak tahu..!

Hoi..! Kau..!
Bengap ke bigal?
Kalau aku kata bukan aku
Maknanya bukan!

Hoi..! Kau..!
Sewel ke sengal?
Lain ku cakap
Lain pulak kau sampaikan!
Apa mahumu?
Melihatku mampus terjerumus?
Baru puas hatimu?

Atau sampai kojol diriku
Baru hilang bara hatimu?
Aahh!....Sudahlah..!!
Suka hati kaulah nak buat apa
Aku..??
Macam ni juga...!!


Khamis, Julai 26, 2012

Ye ke Tidak?

(Puisi pilihan raya....)

Angguk tanda setuju
Tapi bukan bermakna Ya!!
Kalau ada benda nak bertanya
Jangan hanya diam dan geleng kepala
Kalau tak setuju terus terang sahaja
Ungkapkan perasaan pada tempatnya
Jangan main hentam sahaja
Tanpa bukti dan fakta yang nyata.

Ada orang bakarkan api
Jangan biarkan sampai menyala
Nanti membara buruk padahnya
Habis musnah satu negara
Anak cucu kita juga yang akan merana
Nak wariskan apa pada mereka?
Kalau negara bangsa dah musnah?

Hidup kita cuma seketika
Lakukanlah benda berguna
Jangan ikutkan emosi tak bermakna
Jadikan akal dan hati penolong kita
Bersama-samalah kita berusaha
Membina negara aman damai bahagia dan sejahtera
Untuk anak cucu kita
Tak kira rupa, bangsa dan agama.

Kesayanganku

Bila kau terjaga....
Kau kudukung,
Kau kutimang,
Kubuai dikau.

Bila kau bermain....

Kau kuasuh,
Kau kuawasi
Kutemani dikau.

Bila kau menangis....
Kau kupujuk,
Kau kuusik,
Kuhibur dikau.

Bila kau mengantuk....
Kau kudodoikan,
Kau kunyanyikan,
Kubelai dikau.

Bila kau tertidur....
Kau kupeluk,
Kau kucium,
Kudakap dikau.

Bila kau jauh....
Kau kucari,
Kau kurindu,
Kujemput dikau.

Bila kau nakal....
Kau kunasihati,
Kau kumaafkan,
Kudoakan dikau.

Bila kau minta....
Kau kuberi,
Kau kubagi,
Kucarikan dikau.

Agar kalian tahu....
Kalianlah kesayanganku
Putera puteriku
Pengarang jantungku.

To : Along Angah Angel


Kau

Aku terbayang  wajahmu
Kuanggap hanya aku yang memujanya
Walau aku hanya bisa merindu
Dan cintaku terdampar di pantai sendu
Hanyut dibawa arus gelombang
Akankah berlabuh di dermaga asmara?

Kalaulah ya....
Disana kita bercinta
bercerita tentang hari esok
bercerita tentang hari kemarin,
ketika kita saling berjanji
untuk sehidup semati
kubiarkan bayu membelai rambutku hingga terlena.

Aku mulai bermimpi
tentang saat indah itu
namun suara gemuruh ombak telah mengejutkan aku.
Aku tersedar....
aku terlalu membayangkan 
Dan semua hanya angan-angan... 

Kini aku pasrah
kuhalau angan-angan agar menjauh
akankah suatu hari nanti 
Aku dapat bahagia dalam dekapan insan yang betul2 menyayangiku?.... 

Allahu.... 
Kau yang mampu merubah segalanya.... 
   




Rasa

Ketika rindu menjelma,
Ingin rasanya kugubah sejuta irama,
Ingin rasanya kucipta sejuta puisi cinta,
Ingin rasanya kualunkan sejuta lagu balada,
Untuk aku ceritakan,
Betapa aku cinta padamu.....

Ketika memori datang menerpa,
Ingin rasanya kucari dermaga,
Dan berlayar jauh kedunianya,
Agar bisa aku berehat dari riuhnya dunia,
Agar bisa aku menulis untuk meluahkan rasa,
Agar bisa aku lari dari serabutnya kepala.

Ketika hati dilanda gundah,
Ingin rasanya kejeritkan segalanya,
Dan kutuliskan wacananya,
Agar aku bisa meredakan luka,
agar aku bisa lupakan semua masalah kita....



Wahai Sang Pencinta

Wahai Sang Pencinta....
Ketika malam menjelma
Gelita merayap dalam bisu udara
Aku terpaku kaku
Jiwa merana sayu
Pedih disukma masih terasa
Memadamkan sejuta asa.

Wahai Sang Pencinta....
Akhirnya kesunyian malam berlalu jua
Digantikan mentari yang membias sinarnya
Dan aku mulai terjaga dari malam gelita

Wahai Sang Pencinta....
Kupastikan kaki kukuh berdiri
Untuk kubuka jendela pagi
Sinar mentari menerangi sanubari
Menelan segala gelita

Wahai Sang Pencinta....
Aku masih tegak berdiri
Menyambut datangnya pagi yang baru
Yang membawa segala wacana
Penuh cerita cinta dan cita
Kusambut serinya
Dengan penuh ceria dan asa

Rabu, Jun 06, 2012

Ibu

Ibu....
Kaulah satu tiada pengganti,
Kasih sayangmu,
Tiada yang menandingi,
Kaulah tempat aku,
Mencurahkan rasa hati,
Tiadanya dirimu,
Meranalah diri,
Tiada lagi yang simpati.

Ibu....
Aku sendiri,
Berjalan didunia fana ini,
Tiada teman tiada kekasih,
Tiada penawar duka dihati,

Ibu....
Doaku selalu mengiringi,
Pintaku kepada Ilahi Rabbi,
Semoga diberi kekuatan diri,
Untuk harungi onak dan duri,
Dan tak lemah hati lagi....