Halaman

Pengikut

Assalamualaikum,
Apa khabar semua....Semua yang tersurat belum tentu itulah yang tersirat. Segala rasa hati belum tentu dapat di ekspresikan dengan hanya melalui penulisan, tapi sekurang-kurangnya dapatlah ianya menjadi penglipur lara dan tempat meluahkan rasa yang terpendam...


Selasa, Januari 25, 2011

Luahan rasa

Mahu rasanya aku menghitung segala deritaku, tetapi dalam bilangan apa?
Dalam bilangan hari?
Atau dalam bilangan jam?
Atau dalam bilangan minit atau pun saat?

Ah....entahlah..!
Tentu penat menghitungnya.
Aku tentu akan memerlukan formula dan aksioma yang panjang.
Tentu susah untuk dimengerti.




Atau aku ceritakan saja dalam terma atau wacana yang mengandungi seribu perkataan?
Atau dalam seribu halaman?
Itupun susah juga!

Tentu tak cukup kuotanya.
Biarkanlah saja segala keburukan yang dilemparkan.
Pekakkan saja telinga.
Lihat saja segala kebencian yang ditujukan.
Butakan saja mata.
Rasakan segala penghinaan yang diludahkan.
Kuncikan saja hati.

Tertawalah sepanjang siang malam.
Kemudian simpan air mata!

Aku...?
Masih begini juga.
Tiada yang berubah.

Bercermin pada alam

Aku telah bercermin,
pada pengalaman yang berlalu,
serta asa yang menjelang tiba,
untuk masa yang seterusnya.

Kalbu dilimpahi rasa,
yang terus membenam naluri,
dengan benih kesedaran,
akan keesaanNya,
dan kelemahan diri.

Aku bercermin....
pada dedaunan masa yang terkoyak helai demi helai,
yang menyaksikan segala pergolakan,
yang mengekspresikan fikiran,
pada denyut kesenduan pepohonan hidup,
yang mengilhamkan suatu pendirian,
sedar pada hakikat diri yang tak ternama,

Rasa yang perih melahirkan harapan,
semoga tersusun langkah,
mengiringi luruhnya dedaunan masa, 
yang semakin banyak bertaburan,
disepanjang jalanku....

Aku adalah

Aku....
ingin mengikat pelangi,
yang ceria diufuk,
membawa cerita indah,
berterbangan mimpi.....!

Aku....
ingin menyusun hari,
dalam suatu berkas terkawal,
terpateri, tak bisa lari lagi.

Aku....
ingin merengkuh malam,
yang lebar sayapnya,
menaungi nafas-nafas sengsara,
memintal mimpi menjadi puing-puing asa.

Aku adalah aku,
Aku adalah rajaku,
Aku adalah penyair untuk diriku sendiri,
Aku adalah teman diriku,
Aku adalah sahabat jiwaku,
Aku adalah kekasih dukaku,
Aku adalah aku....