Halaman

Pengikut

Assalamualaikum,
Apa khabar semua....Semua yang tersurat belum tentu itulah yang tersirat. Segala rasa hati belum tentu dapat di ekspresikan dengan hanya melalui penulisan, tapi sekurang-kurangnya dapatlah ianya menjadi penglipur lara dan tempat meluahkan rasa yang terpendam...


Rabu, Februari 16, 2011

Bahana Hari Valentin-Hari Kekasih

Masalah sosial dikalangan masyarakat Islam kini semakin buruk, terutama remaja.
Pada sambutan hari Valentin/Hari kekasih 14 February yang lepas, pihak berkuasa menjalankan operasi membanteras masalah sosial sempena sambutan Hari Valentin.

Sebanyak 54 pasangan ditangkap berkhalwat/ditangkap basah. Hai...! Apa nak jadi...!
Dengan kecanggihan teknologi sekarang ni, manusia semakin bebas bergaul tanpa mengira batas-batas agama lagi. Mana ada Hari Kekasih dalam Islam...? Hari-hari adalah Hari Kekasih (bagi yang dah kawin je...! Yang belum kawin tu jangan gatal nak berkasih-kasih pulak ye...!), tak perlu kita terikut-ikut cara Barat memperingati Hari Kekasih.
 
Seramai 26 pasangan ditangkap di Kuantan berusia dalam lingkungan 18 - 30 tahun.
Di George Town pula Kaki tangan jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang sebanyak 23 pasangan ditangkap berkhalwat.
Di Batu Pahat, Johpor pula sebanyak lima pasangan ditangkap.

Itu belum lagi di Negeri-Negeri lainnya.
Lepas ni banyaklah kes buang bayi pulak, mana tidaknya...bila dah menyewa bilik hotel tu apa yang dibuat..?
Takkan main farmville pulak..!
Ibu bapa pulak tak tahu anak dah pegi kemana, sebab percaya dengan alasan yang diberikan mungkin, atau anak yang pandai sangat kelentong Ibu Bapa hingga perkara macam ni semakin kerap berlaku.

Remaja semakin ramai yang hilang maruah diri, boleh senang je ikut jantan ke bilik hotel. Yang jantan pulak pandai ayat sampaikan awek tergoda ikut je ke bilik hotel lepastu ternoda...maaf kalau cakap saya ni tak sedap sikit nak didengar, tapi nilah kenyataanya yang semakin menjadi-jadi. Apatah lagi sejak ada Facebook yang memudahkan sesiapa saja untuk berinteraksi secara maya dan bertukar-tukar info mahupun gambar peribadi semakin senang nak berjumpa dengan kenalan internet...kalau jumpa je takpe...jangan pulak buat benda tak senonoh sudah..! Sapa yang susah..?

Ibu bapa seharusnya lebih peka dengan perkembangan anak, kalau bukan ibu bapa siapa lagi yang nak mengawasi anak supaya jangan terlalu bebas bergaul. Berkawan biar berpada-pada...jangan menyesal tak sudah nanti, bila dah termengandung tak tahu nak buat apa terpaksa buang anak...! Siapa yang susah kalau bukan anak dan Ibu Bapa jugak....

Tindakan pihak berkuasa yang menjalankan operasi sangat dipuji. Hal ini sekurang-kurangnya boleh sedikit sebanyak mengurangkan gejala sosial di Negara kita. Pokok pangkalnya dari diri remaja itu sendiri yang mesti punya hati untuk menjaga maruah diri dan keluarga dan Ibu Bapa yang prihatin dan mengambil tahu dengan siapa anak kita berkawan....