Halaman

Pengikut

Assalamualaikum,
Apa khabar semua....Semua yang tersurat belum tentu itulah yang tersirat. Segala rasa hati belum tentu dapat di ekspresikan dengan hanya melalui penulisan, tapi sekurang-kurangnya dapatlah ianya menjadi penglipur lara dan tempat meluahkan rasa yang terpendam...


Jumaat, September 21, 2012

Mana Buktinya..?

Kau kata aku perusak
Tak cukupkah kebaikan
Yang aku hamparkan padamu?

Kau kata aku pembawa masalah
Tak cukupkah pertolongan
Yang aku hadiahkan padamu?

Kau kata aku jahat
Tak cukupkah segala tolak ansur
Yang aku khaskan buatmu?

Apa lagi yang kau mahu dariku?
Puas sudah kubuat ikut kehendakmu
Hingga tiada lagi yang tertinggal buatku..

Sudahlah....!
Sekarang aku bosan dan penat!..
Buatlah ikut suka hatimu!
Kau bukanlah satu-satunya kawanku..!

Khamis, September 20, 2012

Sekilas Cahaya

Dikala sang suria semakin menghilang,
Aku mula terpaku dalam keheningan,
Merenung kesunyian,
Menghapus kehampaan.

Kebekuan jiwa yang datang,
Mengusutkan sukma dalam kemesraan,
Sementara igauan,
Menjadi impian.

Hijap cinta kian terbuka,
Semua harapan menjelma,
Sekilas cahaya yang datang,
Memulihkan semua kekusutan,
Dan makna kedamaian yang hakiki,
Semakin menjengah kedalam diri....


Rabu, September 19, 2012

Erti Cinta

Bila sukma merana,
Dia datang mendekap jiwa.
Bila sunyi dihati,
Dia datang menemani.

Bila kalbu sepi,
Dia datang menghibur diri.
Bila malam sedih,
Dia datang memberikan mimpi.

Selimuti tidurmu dengan kemesraan
Mengayun langkah bersama kerinduan,
Membelai penuh rasa kecintaan,
Melayan kerenah dengan penuh kesabaran,
Mengurangkan duka tanpa baran,
Memberi jawapan setiap soalan,
Menerima segala kekurangan,
Memberi tanpa harapkan balasan,

Itukah erti cinta
Yang sebenar-benarnya...?
Aku pun tak tahu sebab aku tak pernah merasakan 
Cinta yang tanpa harapkan balasan 
Hanya lara yang berpanjangan..... 

Allahu..... 
Tolonglah hambaMU.... 

Sabtu, September 08, 2012

Aaarghh!!

Aku cakap macam ni
Kau kata macam tu.
Aku cakap satu
Kau kata sepuluh.

Dihadapanku,
Cakapmu lembut bak ratu.
Dibelakangku,
Kau tikam aku bertalu-talu.

Semua yang kucakap,
Kau jadikan peluru,
Untuk menyerang aku..
Semua kebaikanku,
Kau bilang lakonan artis kelas satu....

Kalau aku susah,
Kau bersorak semahumu...
Kalau aku sedih
Katamu:"Padan mukamu!"
Aaaarghh!!!......

Jumaat, September 07, 2012

Hoi..! Kau...!

Hoi...! Kau...!
Bodoh ke bebal?
Kalau aku kata aku tak tahu
Maknanya tak tahu..!

Hoi..! Kau..!
Bengap ke bigal?
Kalau aku kata bukan aku
Maknanya bukan!

Hoi..! Kau..!
Sewel ke sengal?
Lain ku cakap
Lain pulak kau sampaikan!
Apa mahumu?
Melihatku mampus terjerumus?
Baru puas hatimu?

Atau sampai kojol diriku
Baru hilang bara hatimu?
Aahh!....Sudahlah..!!
Suka hati kaulah nak buat apa
Aku..??
Macam ni juga...!!