Halaman

Pengikut

Assalamualaikum,
Apa khabar semua....Semua yang tersurat belum tentu itulah yang tersirat. Segala rasa hati belum tentu dapat di ekspresikan dengan hanya melalui penulisan, tapi sekurang-kurangnya dapatlah ianya menjadi penglipur lara dan tempat meluahkan rasa yang terpendam...


Jumaat, Oktober 16, 2015

DEMI

Bila aku tak suka pada rasa makananku
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar

Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya

Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan ku
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya

Apabila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya

Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku

Bilaa aku kecewa pada mereka yg banyak menyakiti aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa memaafkan sesiapa shj yg berbuat jahat padanya

Bila aku berfikir tentang mereka yg membenci aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghina nya

Bila orang lain tidak berterima kasih pada tiap kebaikan yang aku lakukan pada mereka, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yg hebat hanya dari Allah SWT

Bila tiada siapa menyayangi aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang mencintaiku semenjak beribu tahun dulu

Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku..
aku teringat pada Baginda
Muhammad ﷺ
yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yg dicintai & dan itu bagai cas positif yang menguatkan aku !

Assalamualaika ya Rasulullah

Assalamualaika ya habiballah


Selawat dan salam keatas baginda junjungan besar , contoh terbaik sepanjang zaman . Sohibul Azman . Terima Kasih Ya Rasulullah untuk nikmat iman dan islam . Syafaatkan daku di akhirat nanti

Kerinduan padamu takkan pernah padam selamanya pada mu Ya Habiballah .

اللهم صل على محمد وآل محمد

Sayangi aku ya Allah ketika tiada sesiapa yang menyayangi aku...
Lindungi aku ya Allah sebab tiada sesiapa yg boleh melindugi aku...
Berilah yang terbaik untukku ya Allah sebab tiada sesiapa tempat aku meminta selain padaMu...
Ampuni dosa2 ku...
Yang selalu shj terlupa padaMu...

PESAN UNTUK DIRIKU SENDIRI, KEMATIAN AKAN DATANG

Peringatan untuk diriku sendiri:

Bila kita mati, tiada lagi org ziarahi. Saing2 pun lupa kita.
Bahkan, selepas beberapa ketika anak/suami/ isteri akan kembali ceria spt biasa.......
Inilah di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:

Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin/muslimat akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.

Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu.

Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.....
Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.

Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Ekonomi akan tetap berlangsung!

Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!

Kesedihan atasmu ada 3;

1. Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan.

2. Kawan2mu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa!

3. Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun??

Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan....

Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia". Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT!!

Telah musnah kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri/suami  tercinta.

Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.

Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu??

Hakikat ini memerlukan renungan.
Usahakan dengan sungguh2;
Menjalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.

Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini in sha Allah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. "Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"

AllahuRabbi...
Kubur itu semakin dekat untuk didiami!

Selamatkah aku ya Allah......???

Isnin, Oktober 05, 2015

JEREBU OH JEREBU

Dari nukilan seorang hamba Allah..

Jerebu....
Seharian di Shah Alam dengan asap jerebu yang menyesakkan sistem pernafasan.

Teringat pada ucapan himpunan mingguan (khutbah jumaat) oleh khatib di Masjid As-Solihin Padang Jawa pada 18 September yang lalu,

"Kita sibuk mencari siapakah yang bertanggungjawab membakar hutan di Indonesia akan tetapi kita tidak menghiraukan siapakah yang mengawal angin membawa asap hingga ke Malaysia, siapakah yang menentukan bencana, siapakah yang berkuasa ke atas setiap ketentuan; iaitu Allah swt".

Khatib yang menyampaikan khutbah tanpa teks tersebut juga mengaitkan suasana semasa dengan peristiwa yang tercatit dalam Surah Ad-Dukhan (Surah Asap). "Jerebu adalah bala daripada Allah dan bukan sekadar fenomena alam biasa", ayat-ayat tersebut masih lagi segar walaupun setelah 9 hari.

Sukar untuk diterima, namun hakikatnya manusia masa kini (khususnya umat Islam) semakin jauh dari cara hidup sebenar (Islam).

Dari sudut Sains dan ilmu pengetahuan yang berfokuskan fakta sebab dan akibat, memang tidak dinafikan asap jerebu tebal disebabkan pembakaran hutan luas dan terbuka seterusnya Malaysia turut menerima kesan jerebu diakibatkan oleh pergerakan angin.

Dari sudut pandang ilmu pengetahuan tersebut, amat mudah untuk kita terus menyalahkan mereka yang bertanggungjawab terhadap kebakaran hutan tersebut.

Namun demikian, tidaklah lengkap ilmu pengetahuan tanpa ilmu pengenalan. Bertepatan dengan pandangan Syed Naquib al-Attas terhadap ilmu yang perlu dilengkapi dengan husul (tiba makna dalam diri) dan wusul (tiba diri pada makna), umat manusia beruntung kerana dapat  al-Quran, "kitab yang tiada keraguan padanya" (2:2), sebagai sumber utama dalam menghadirkan diri pada makna.

Berbalik kepada konteks ilmu pengenalan mengenai jerebu, kejadian ini merupakan satu bala, ancaman dan peringatan dari Allah azza wa jalla.

Ucapan ceramah daripada Almarhum Ustaz Fadzil Noor pada 2 dekad lepas antara teks mengenai bala jerebu yang popular dikongsi di internet. Beliau yang dalam ucapannya telah menghuraikan kisah kaum terdahulu di dalam Surah ad-Dukhan, turut menyimpulkan kejadian jerebu berpunca daripada kemaksiatan dan kederhakaan manusia dalam menuruti perintah Allah.

Justeru, kita seharusnya saling menasihati dan mengingati untuk kembali kepada cara hidup Islam dari segala aspek termasuk kemasyarakatan, politik, perundangan dan kewangan.

Adakah kita yakin mengikuti Islam andai fitnah/syak/mengumpat menjadi buah mulut dan andai status/pangkat/bangsa menjadi penghalang silaturrahim?

Adakah politik kita menepati Islam andai khianat dan pecah amanah menjadi kebiasaan serta penipuan menjadi perkara halal?

Adakah perundangan kita mengikuti syariat Allah andai hukum Islam tidak digazetkan dan andai terdapat golongan yang kebal daripada perundangan?

Adakah kewangan kita menuruti Islam sepenuhnya jika melakukan transaksi dengan perusahaan patuh syariah tanpa menggunakan matawang dinar?

(Mereka tidak meyakini kebenaran yang dijelaskan kepada mereka), bahkan mereka masih tenggelam dalam keraguan sambil bermain-main dengan perkara agama. Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat), Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata: Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan. (Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!. [Ad-Dukhan 44:9-12]

Jerebu bukan hanya bala, ia juga sebagai peringatan. Andai kita tidak mengambil iktibar, tunggulah saat jerebu yang berlarutan sehingga 40 hari.

Salinan dr group ex diploma shariah um...satu peringatan yg baik bg diri sy dn sy rasa bagus utk dikongsi  .
wallahhuwa'lam....