Halaman

Pengikut

Assalamualaikum,
Apa khabar semua....Semua yang tersurat belum tentu itulah yang tersirat. Segala rasa hati belum tentu dapat di ekspresikan dengan hanya melalui penulisan, tapi sekurang-kurangnya dapatlah ianya menjadi penglipur lara dan tempat meluahkan rasa yang terpendam...


Isnin, Jun 07, 2010

Menggapai mimpi

(1-2-1993)

Ada tanganku,
tak pernah jemu melambai
setiap kali bayangmu lalu,kusimpan degup jantung dalam kalbu.

Mentari dalam kolam hilang bentuk
ditutupi kabus,
permainan matamu tak sampai padaku
jadi debu ditiup bayu,mengalir lalu..
 
Ah...jangan lagi kau jelingkan matamu!
aku hanya mahu asah penaku,
dan menatap wacanaku,
tak mahu kertas hanya kosong
mimpi jadi bohong...

Tujuanku hanya satu!
Menggapai mimpi mengejar waktu.
Kutinggalkan kau dalam beku,sedangkan aku terpaksa
untuk memahat namamu dalam nisan hatiku,
yang mencekik sukmaku.
Mimpiku mesti kuseru!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan