1. Ibarat berendam sesayak air,berpaut sejengkal tali.
*Maknanya: Orang yang serba dalam kekurangan tiada tempat bergantung.
2. Daripada berdebat dengan orang bodoh,lebih baik bermusuhan dengan orang berakal.
* Maknanya: Berdebat dengan orang bodoh tak memberi manfaat meskipun menang.
3. Ibarat buah masak tergantung tinggi,nak dijolok penggala patah nak dipanjat pokok licin.
* Maknanya: Harapan yang tinggi menggunung.
4. Tiada guruh bagi orang pekak,tiada kilat bagi orang buta.
* Maknanya: Tak guna berbicara dengan orang yang tak mahu mendengar cakap kita.
5. Beraja dihati,bersultan dimata.
* Maknanya: Nak menang sendiri. Dia sahaja yang betul dan orang lain semuanya salah.
6. Bagai menumpang digurun orang,hidup segan mati tak mahu.
* Maknanya: Susah payah dihadapi jika tak punya apa-apa.
7. Ibarat burung ,nak terbang sayap patah nak hinggap tidak berkaki.
* Maknanya: Serba kekurangan.
8. Bagai biduk tiris menanti karam.
* Maknanya: Berserah pada nasib.
9. Bagai menabur benih diatas batu.
* Maknanya: Pekerjaan yang sia-sia.
10. Hangus tiada berapi,karam tiada berair.
* Maknanya: Tiada kesan
11. Bagai makan buah simalakama,dimakan mati emak tak dimakan mati bapa,
* Maknanya: Merasa serba salah apapun yang dibuat serba tak kena.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan