Halaman

Pengikut

Assalamualaikum,
Apa khabar semua....Semua yang tersurat belum tentu itulah yang tersirat. Segala rasa hati belum tentu dapat di ekspresikan dengan hanya melalui penulisan, tapi sekurang-kurangnya dapatlah ianya menjadi penglipur lara dan tempat meluahkan rasa yang terpendam...


Isnin, Jun 07, 2010

Perjalananku

29 May 1998.

Terlalu jauh aku mengembara
meninggalkan tonggak-tonggak masa
yang tajam
menopang atap asa,hari demi hari kian pantas berlari
menuju ketempat yang belum berhujung
tanpa jenuh
walau kekadang kakiku berpeluh
tak berhenti langkahku...

Perjalanan ini terlalu meletihkan
sepanjang masa memungut buih-buih kemesraan
sambil menepiskan sesak yang bersarang
dalam dada...

Resah yang bersarang kutaburkan sepanjang jalan yang terlewati
kutinggalkan bersama angin
biar dicabut mimpi
biar dibawa malam
dan perjalanan ini akan tetap kuteruskan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan