Halaman

Pengikut

Assalamualaikum,
Apa khabar semua....Semua yang tersurat belum tentu itulah yang tersirat. Segala rasa hati belum tentu dapat di ekspresikan dengan hanya melalui penulisan, tapi sekurang-kurangnya dapatlah ianya menjadi penglipur lara dan tempat meluahkan rasa yang terpendam...


Ahad, Jun 06, 2010

"Sekarang"

Sekarang....
Jika aku memandang ombak,
biarlah ia tertinggal mengutip pasir,
sedangkan mataku
jauh menembusi cakerawala.

Sekarang....
Jika aku mendengar,
Biar semua irama aku kumpulkan
sehingga burung-burung kehilangan suara,
sedangkan aku berdiri menonton.

Sekarang.....
Jika aku diam,
Biarlah diamku ais yang membeku
ataupun kayu yang kaku
ataupun diamnya api dalam sekam.

Sekarang....
Jika aku bersuara,
biarlah bergegar jiwa raga
kerana aku bukan batu
kerana aku masih punya ilmu
untuk mengajari hatiku....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan