diserbu musim panas berpanjangan
aku sempurna....
Dibakar api ego yang mendatang
yang menyala dalam timbunan pasir
panas dan membara....
Hatiku terbakar....
Panasnya menjalari kepala
berpusar,
berputar,
lalu terkapar disitu
tak mahu sirna.
Logika berlarian menembusi tirai dimataku
biarlah helaian ego itu berguguran
dengan sendirinya
seiring berlalunya masa
aku lelah untuk menepisnya.
Datanglah kau...!
Bawa bahangmu...!
Buat apa kau suka...!
Dan aku akan tetap disini...!
Dan aku akan tetap begini...!
Dan aku akan tetap memberi,
senyum yang paling manis untukmu...!
Kan kunanti kedatangan musimmu
seperti yang sudah-sudah.
Padang ini masih juga begini.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan