Pembenci diri sendiri,
telah selaksa kali aku datang begini,
memohon Rahim-Mu,
meratapi kesalahanku,
Kaulah yang Maha pengasih....
Aku pernah pergi,
tinggalkan janji untuk-Mu
bahwaku takkan lupakan Sabda-Mu
setelah kian lama
janji itu entah kemana.
Ah....
Sebelum musnah semuanya
sebelum hancur lebur segalanya
Biarlah aku menghambur sesal,
biarlah aku curahkan kesal,
biarlah aku tumpahkan resah....
Kerana terkadang jiwaku terleka dari mengucap syukurku pada-Mu.
Aku baru tahu hitam putih dunia,
baru merasa pahit getir hidup,
dan telah terkena ranjau dan duri ciptaan manusia,
Bimbinglah aku...!
Agar kokoh langkahku....
Agar lurus hatiku....
Agar tabah dadaku....
Kemaafan sentiasa tersimpan dalam diriku,
lalu ikut kemana kupergi
supaya tiada lagi kaku lidahku,
tiada lagi lemah hatiku,
Dan tiada lagi aku resah hati selalu....
Kerana Kau selalu denganku....!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan