Halaman

Pengikut

Assalamualaikum,
Apa khabar semua....Semua yang tersurat belum tentu itulah yang tersirat. Segala rasa hati belum tentu dapat di ekspresikan dengan hanya melalui penulisan, tapi sekurang-kurangnya dapatlah ianya menjadi penglipur lara dan tempat meluahkan rasa yang terpendam...


Selasa, Januari 25, 2011

Luahan rasa

Mahu rasanya aku menghitung segala deritaku, tetapi dalam bilangan apa?
Dalam bilangan hari?
Atau dalam bilangan jam?
Atau dalam bilangan minit atau pun saat?

Ah....entahlah..!
Tentu penat menghitungnya.
Aku tentu akan memerlukan formula dan aksioma yang panjang.
Tentu susah untuk dimengerti.




Atau aku ceritakan saja dalam terma atau wacana yang mengandungi seribu perkataan?
Atau dalam seribu halaman?
Itupun susah juga!

Tentu tak cukup kuotanya.
Biarkanlah saja segala keburukan yang dilemparkan.
Pekakkan saja telinga.
Lihat saja segala kebencian yang ditujukan.
Butakan saja mata.
Rasakan segala penghinaan yang diludahkan.
Kuncikan saja hati.

Tertawalah sepanjang siang malam.
Kemudian simpan air mata!

Aku...?
Masih begini juga.
Tiada yang berubah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan