KEHIDUPAN TAK SEMESTINYA PAHIT, DAN TAK SEMESTINYA MANIS SENTIASA. SEMUA YANG TERJADI TELAH DIATURKAN OLEH ALLAH, AKU HANYA MENJALANI, WALAUPUN PAHIT MESTI DITERUSKAN SAMPAI ALLAH KATA CUKUP!
Apa khabar semua....Semua yang tersurat belum tentu itulah yang tersirat. Segala rasa hati belum tentu dapat di ekspresikan dengan hanya melalui penulisan, tapi sekurang-kurangnya dapatlah ianya menjadi penglipur lara dan tempat meluahkan rasa yang terpendam...
Rabu, Mei 06, 2015
ANAK2 ANGKAT MAMA
Ahad, Mei 03, 2015
RASA HATI
Apa pun yg berlaku adalah kehendakNya...Siapa aku utk mempersoalkan segalanya yg telah terjadi?
Tiada lg daya upayaku utk merubah semuanya, dan tak mungkin aku dpt utk merubahnya...segalanya telah terjadi, dan segala sesuatu yg terjadi mesti bersebab.. Mungkin sebab Allah nak menguji sebatas mana kekuatan iman dan hatiku dalam menghadapi semua ini..
Segala anugerah, kepahitan ,kebahgiaan, kepedihan, kesenangan dan kesengsaraan yang terpaksa aku lalui mungkin akan berbuah keindahan suatu hari nanti, aku tak boleh mengatakan bahawa hidupku kaku dan pedih keseluruhannya sebab memang bukan begitu keadaanya..
Aku sangat bersyukur atas segala yg Allah anugerahkan kepadaku, anak2 ku pengarang jantungku yg membuatku sanggup melupakan segala kepahitan dan ujian hidup..mereka menjadi kekuatan dan semangat utkku meneruskan kehidupan..Allah sangat menyayangiku dengan menganugerahkan mereka buatku..aku sangat menyayangi anak2 ku sehingga aku tak sanggup melihat mereka bersedih atau terluka sedikit pun jg.
Semoga pengorbananku ini akan dibalas dengan ganjaran yang terbaik oleh Allah...aamiin...