Halaman

Pengikut

Assalamualaikum,
Apa khabar semua....Semua yang tersurat belum tentu itulah yang tersirat. Segala rasa hati belum tentu dapat di ekspresikan dengan hanya melalui penulisan, tapi sekurang-kurangnya dapatlah ianya menjadi penglipur lara dan tempat meluahkan rasa yang terpendam...


Isnin, Jun 07, 2010

Cerita duka

( 2005 )

Dulu kata-katamu lebih manis dari madu
Dulu belaianmu lebih lembut dari bayu
Dulu pujukanmu mencairkan hempeduku
Dulu rayuanmu melalaikan hatiku
Dulu hasratmu telah mengikat kakiku.
Kau lemparkan aku kedunia lain
yang tak kukenali,
kerana kau aku ikut saja.
Bukan kerana rupa,
Bukan kerana nama,
Bukan kerana harta,
Tapi kerana kata-kata dan keikhlasanmu...

Kuharap hidupku gembira
kuharap hatiku hilang gundah
kuharap semua indah belaka.

Kau campak aku dalam kesunyian,
Kau lemparkan aku dalam kehampaan,
kau buang aku dalam kesusahan fikiran.

Aku rindu tanahku yang jauh
Aku rindu kawanku yang ramah
Aku rindu ayahku yang pengasih
Aku rindu ibuku yang sederhana
Aku rindu adikku yang cantik dan yang nakal
Aku rindu abangku yang perkasa
Aku rindu udara yang dulu kuhirup
bersama mereka...
Aku rindu aku yang dulu... 
Yang selalu ceria setiap waktu.. 
Dan kau telah kuburkan semuanya... Bersama sama cintaku.... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan