Halaman

Pengikut

Assalamualaikum,
Apa khabar semua....Semua yang tersurat belum tentu itulah yang tersirat. Segala rasa hati belum tentu dapat di ekspresikan dengan hanya melalui penulisan, tapi sekurang-kurangnya dapatlah ianya menjadi penglipur lara dan tempat meluahkan rasa yang terpendam...


Isnin, Jun 07, 2010

Aku tak tahu lagi

( 2005 )

Aku tak tahu lagi
Apa langkahku esok ?
Lusa,dan seterusnya ?
Otakku buntu
terlalu penuh isinya
melimpah ruah.
Aku tak tahu lagi
Ceriakah aku esok ?
lusa,dan seterusnya ?
Hatiku layu
terlalu dalam lukanya
meleleh darah dan air mata..

Aku tak tahu lagi
Kemana aku esok ?
Lusa,atau seterusnya ?
Kakiku membatu
terlalu berat bebannya
mengalir darah dicelah jari
tapi aku tak bisa berhenti
hidup yang kosong perlu diisi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan