Halaman

Pengikut

Assalamualaikum,
Apa khabar semua....Semua yang tersurat belum tentu itulah yang tersirat. Segala rasa hati belum tentu dapat di ekspresikan dengan hanya melalui penulisan, tapi sekurang-kurangnya dapatlah ianya menjadi penglipur lara dan tempat meluahkan rasa yang terpendam...


Isnin, Jun 07, 2010

Hanyut di arus masa

( 5 mar 2010 )
Untuk oma Tricia Vermaes.

Telah kugulung dedaun masa
bersama ayah,
Bukan sedikit jadinya
terlalu banyak dan panjang.

Kami menghilang,
kau menghilang,
kami mencari,
kau dah pergi,
kelain benua..

Dimanakah tempatnya..
Dimanakah muaranya ..
Dimanakah pelabuhannya..
tempat kita bisa bersua ??..

Setelah sekian lama di hanyut masa
tiba-tiba kami rindu,
melihat iras wajahmu,
yang takkan pernah lagi bertemu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan