Halaman

Pengikut

Assalamualaikum,
Apa khabar semua....Semua yang tersurat belum tentu itulah yang tersirat. Segala rasa hati belum tentu dapat di ekspresikan dengan hanya melalui penulisan, tapi sekurang-kurangnya dapatlah ianya menjadi penglipur lara dan tempat meluahkan rasa yang terpendam...


Isnin, Jun 07, 2010

Malam

(18 JAN 1993)


Tatkala malam mula merayap
nafasku sesak,
mataku kelam,
fikiranku cuba mentafsir wacana yang tak mampu kutulis.

Bukan aku tak mencuba...
Tetapi kekadang tanganku kaku,
otakku buntu,
malah kekadang juga penaku patah...
Aku ingin mengusir kegelapan yang datang bersama malam
supaya dapat kulihat
warna-warni dunia.
Namun cahayanya tak sampai padaku,aku tak kuasa...
Malam tetap gelap
Mataku makin kabur...
Mestikah aku berlari mengejar mentari pagi,yang jauh berdiam diri??




Tiada ulasan:

Catat Ulasan