Halaman

Pengikut

Assalamualaikum,
Apa khabar semua....Semua yang tersurat belum tentu itulah yang tersirat. Segala rasa hati belum tentu dapat di ekspresikan dengan hanya melalui penulisan, tapi sekurang-kurangnya dapatlah ianya menjadi penglipur lara dan tempat meluahkan rasa yang terpendam...


Isnin, Jun 07, 2010

Ombak yang tenang

(20 Jan 1993)


Ombak tenang...
Beralun lembut ditiup bayu,
sehelai daun kering yang terbawa angin
mengalun....terus berlalu terbawa bayu.

Baru sahaja aku mahu menjeling
riak kecil sudah jauh berlalu,
aku hanya mampu memandang,
dengan dada yang penuh sendu...

Udara ini mengandungi racun,
aku terpenjara didalamnya,
walau langit dan laut menyatu
aku hanya memandang dari jauh...
Sang bayu telah membawa daun kering itu
ketempat yang tidak kutahu,
Mestikah aku menunggu??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan