Halaman

Pengikut

Assalamualaikum,
Apa khabar semua....Semua yang tersurat belum tentu itulah yang tersirat. Segala rasa hati belum tentu dapat di ekspresikan dengan hanya melalui penulisan, tapi sekurang-kurangnya dapatlah ianya menjadi penglipur lara dan tempat meluahkan rasa yang terpendam...


Isnin, Jun 07, 2010

Perjalanan

Melaka,28-01-2007.

Terlalu panjang....
Benang masa yang kurajut.
Aku tak pasti warnanya:
Merah,
Biru,
Ataupun mungkin hitam?....

Terlalu jauh....
Lorong yang kujalani.
Akupun tak pasti hujungnya:
Gembira,
Sedih,
Ataupun duka nestapa?....

Terlalu lama aku tinggalkan
akupun tak pernah pasti
Kapan berakhirnya:
Cinta,
Rindu,
Dan kasih sayang?....

Yang kutahu....
Terlalu sukar bagiku
untuk meleraikan rasa yang bersemayam
Dimakam jiwa.

Kucarik-carik kenangan,
Kujadikan nisan dihatiku,
Kupudarkan warnanya,
Kubakar rasa yang bersemayam,
Didasar tamanku....

Oh....Berdosakah aku
Kerana mampu membunuh rasa dihatiku
Aduhai....
Bersalahkah aku
Kerana membuang sakit direlung hati
Tak cukupkah....
Semua derita yang kutanggung?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan