Halaman

Pengikut

Assalamualaikum,
Apa khabar semua....Semua yang tersurat belum tentu itulah yang tersirat. Segala rasa hati belum tentu dapat di ekspresikan dengan hanya melalui penulisan, tapi sekurang-kurangnya dapatlah ianya menjadi penglipur lara dan tempat meluahkan rasa yang terpendam...


Isnin, Jun 07, 2010

Serpihan kehancuran sebuah hati

Melaka,19-08-2007.

Malam telah menggulung mentari
barisan mega diselimuti gelita
bintang-bintang bersimpuh
dipelupuk mata langit.

Air dimataku,
Mengosongkan pundi-pundinya
keresahan telah menyala
mengupas seluruh kesedaran
Aku yang berlari kini terbenam
jerit dikalbu tak siapa mendengar
bertemankan malam
bernafas bersama kesunyian bintang-bintang.

Kudekap kesabaran sekian lama
memujuk hati sendiri
yang hampir mati
tinggal serpihan kehancuran
dan puing-puing....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan