Halaman

Pengikut

Assalamualaikum,
Apa khabar semua....Semua yang tersurat belum tentu itulah yang tersirat. Segala rasa hati belum tentu dapat di ekspresikan dengan hanya melalui penulisan, tapi sekurang-kurangnya dapatlah ianya menjadi penglipur lara dan tempat meluahkan rasa yang terpendam...


Jumaat, Mac 18, 2011

Pujukan hati

Oleh : Pungguk
1934

Tenang, hatiku tenang!
tahankan tangis ratapmu,
istemewa keluh-kesahmu,
membuat asalku tenggelam berenang.

Bersih, otakku bersih!
usah dimimpi yang jauh masih,
walaupun kata "oh...kasih"
rosak jantungku pertemuan selisih.

Megunlah dan heninglah!
jangan kamu bersedih helah,
kerana...godaanmulah...
maka hempeduku hancur berbelah.

Terdiam hatiku kelangit mengarah,
di cuaca kamar cahaya gemilang
'kudengar bisik adik sairah,
sedihku berkobar tak mahu hilang'.

Untunglah hatiku menurut kata!
sunyi senyap ia segera,
baharu selesa segala anggota,
belayarlah hati dilautan rindu....!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan