Halaman

Pengikut

Assalamualaikum,
Apa khabar semua....Semua yang tersurat belum tentu itulah yang tersirat. Segala rasa hati belum tentu dapat di ekspresikan dengan hanya melalui penulisan, tapi sekurang-kurangnya dapatlah ianya menjadi penglipur lara dan tempat meluahkan rasa yang terpendam...


Jumaat, Mac 04, 2011

Untukmu Ibu

Ibu....
Masih kuingat deritamu,
Masih terngiang tangisanmu,
Masih terbayang peritmu,
Masih terbentang dihadapan mataku,
Betapa kau terlalu tabah menjalani hari-hari sisa hidupmu...

Ibu....
Maafkan anakmu,
Yang tak mampu mrmbelaimu lebih lama,
Yang tak mampu merawatmu sepenuhnya,
Yang tak mampu melayan kerenahmu diakhir masa,
Yang tak mampu menyembunyikan air mata dipenghujungnya.

Ibu....
Aku masih anakmu yang dulu
Yang sentiasa bersenda gurau denganmu,
Yang sentiasa bisa membuatmu tertawa,
Yang sentiasa membimbing tanganmu,
Yang sentiasa bersama dikala kau memerlukan,
Tetapi jarak telah memisahkan kita,
Kakiku terikat....
Dan kau Ibu...akan tetap berada dalam hatiku,
Buat selama-lamanya...!

Selamat jalan....
Bahagialah kau disana,
Disisi Dia Yang Maha Pengasih,
Kudoakan Ibu....
Selalu berada dalam lindunganNya,
Selalu berada dalam payungNya,

Anakmu ini kan menyusul jua,
Entah esok atau lusa,
Ibu....
Semoga kau tenang disana....!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan