Halaman

Pengikut

Assalamualaikum,
Apa khabar semua....Semua yang tersurat belum tentu itulah yang tersirat. Segala rasa hati belum tentu dapat di ekspresikan dengan hanya melalui penulisan, tapi sekurang-kurangnya dapatlah ianya menjadi penglipur lara dan tempat meluahkan rasa yang terpendam...


Isnin, Jun 28, 2010

Helang

Seekor helang menggelepar.
Jatuh kedanau,
tenggelam timbul,
suaranya perlahan....

dia mencuba untuk berenang,
letih dan penat,
tak berdaya...

riak air lebih kuat,
menyibaknya ketengah...

Tinggallah malam...
merengkuh rembulan
yang mengiringi bumi
riak air menghanyutkan helang kealam luas,
"Meratapi nasib diri!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan